Saturday, June 27, 2009

ANUGERAH TERTINGGI SEKOLAH DARIPADA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Sejarah Sekolah Kebangsaan Senibai terukir lagi apabila secara rasminya dinobatkan sebagai pemenang Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Masyarakat Orang Asli Peringkat Kebangsaan Tahun 2008. Penyampaian hadiah kemenangan telah di langsungkan di Dewan Besar MAEPS, Bangi, Selangor dan disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Husein, Menteri Pelajaran Malaysia.
Sekolah telah menerima sebuah plug, Cek bernilai RM 20,000 dan sijil penghargaan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Sesungguhnya, kejayaan ini merupakan usaha bersama dan berterusan semua pihak khususnya warga Sekolah Kebangsaan Senibai bermula pada tahun 2003 iaitu selepas bangunan sekolah yang baharu siap digunakan.
Kerja tanpa tekanan dan membuat sesuatu perkara atas kemampuan telah membuahkan hasil yang memberansangkan. Terima kasih kepada semua guru, pekerja, ibu bapa dan murid - murid Sekolah Kebangsaan Senibai dari dahulu hingga sekarang yang tetap menjadikan sekolah ini sebagai Sekolahku Kebanggaanku.
Encik Ab Rahman bin Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Senibai menerima Plug, Replika Cek bernilai RM 20,000 dan sijil penghargaan daripada Yang Berhormat Dato Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia.


Guru Besar dan beberapa penerima anugerah
bergambar bersama tetamu kehormat


Guru Besar dan Encik Idris bin Talib, Guru Penolong Kanan HEM memegang hadiah kemenangan


TAHNIAH UNTUK WARGA SK SENIBAI.
SEKOLAHKU KEBANGGAANKU.
TERIMA KASIH